Sape tak kenal Steve Job, pencipta Ipad, tablet yang menjadi kegilaan seluruh kaki-kaki gadget seantero dunia temasuk aku ni. Klu korang nak tahu dia pernah melalui zaman-zaman gelap dalam hidupnya. Cubalah baca sampai habis untuk dijadikan renungan kita bersama ...
Pada mulanya Steve dan rakannya memulakan perniagaan syarikat Apple di sebuah garaj milik orang tua Steve ketika mereka baru berumur 20 tahun. Mereka bekerja keras siang dan malam dalam masa 10 tahun Apple berjaya berkembang dari hanya 2 orang pekerja sahaja sehingga mencapai 4000 orang dan jumlah nilai syarikat mencapai 2 juta dolar. Steve yang pada ketika itu berumur 30 tahun baru sahaja melancarkan computer Macintosh. Tapi entah kenapa, tidak lama kemudian dia dipecat dari syarikatnya sendiri. Bagaimana dia boleh dipecat dari syarikat yang didirikan atas hasil titik peluhnya sendiri? Ini adalah kerana dia sudah tidak sebulu dan sehaluan lagi dengan rakan seperjuangan dan visi mereka dalam memacu Apple sudah pun berlainan.
Pada ketika itu Lembaga pengarah syarikat Apple Inc lebih menunjukkan minat dan meyokong rakannya berbanding Steve jadi oleh kerana itu dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Pengunduran Steve diumumkan secara besar-besaran dan dia telah mengalami kehilangan motivasi dan semangatnya untuk bekerja hampir hilang. Dia benar-benar putus asa pada ketika itu.
Steve betul-betul berada di dalam dilemma dan dia berterusan berkeadaan begitu selama beberapa bulan. Dia sangat sayangkan Apple. Steve juga pernah terfikir untuk membunuh diri dengan terjun dari tebing tetapi kerana masih ada sekelumit perasaan cintakan kepada pekerjaan yang dilakukan dan minat yang masih mendalam kepada bidang yang diceburinya, dia membatalkan hasratnya itu. Sememangnya peristiwa pemecatannya dari Apple merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan dia mengakuinya . Tapi dia menjadikan itu sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dalam hidup dan menganggap peristiwa itu adalah hal yang terbaik pernah berlaku dalam hidupnya.
Dia menjadikan kesulitan tersebut sebagai pemula kepada kejayaannya dan mencabarnya untuk lebih kreatif dalam hidup. Dalam 5 tahun berikutnya dia berjaya melahirkan syarikat bernama Next dan kemudian Pixar, sebuah syarikat animasi terkenal.. Pixar merupakan studio animasi berkomputer pertama di dunia yang berjaya mewujudkan filem animasi futuristic pertama iaitu Toy Story. Beliau juga menemui wanita yang menjadi cinta hatinya juga. Entah kenapa seperti takdir menentukannya kembali untuk menerajui Apple Inc dan sungguh dia tidak percaya pabila Apple membeli syarikatnya Next. Dengan peluang baru itu, Steve segera memindahkan segala teknologi yang dicipta dan diperbaharuinya di Next ke Apple. Dan segala apa yang dilahirkan Apple pada saat ini adalah versi kebangkitan baru hasil anjakan teknologi ciptaan Steve Job. Hebat bukan?
Katanya, sesuatu yang hebat ini tidak akan terjadi jika dia tidak dipecat dari Apple. Kejadian itu memang menyakitkan tapi merupakan penawar hidup yang amat berkesan. Kadangkala takdir hidup kamu seperti mengkhianati kamu tapi jangan sampai hilang kepercayaan kerana itu adalah sangat diperlukan dalam melalui hari-hari yang penuh cabaran. Pekerjaan kamu akan mengisi sebahagian besar dalam hidupmu dan satu-satunya cara untuk mendapatkan kepuasan ialah mencintainya. Jika kamu belum menemuinya maka teruslah mencari dan jangan berdiam diri. Pada mulanya memanglah sukar tapi kamu akan biasa dengannya dari tahun ke tahun dan ianya akan menjadi semakin baik. Jadi teruslah mencari dan jangan cepat lemah semangat, ujarnya lagi.
Moral of the story: Jangan mudah mengaku kalah kepada segala kesusahan dan kesulitan dalam hidup jadilah ianya sebagai pembakar semangat dan pemacu kejayaan. Kekadang bersebab Allah SWT tentukan takdir kita sebegitu sebab Dia nak kuatkan diri kita untuk terus berjaya. contoh paling senang ialah kisah Nabi Yusufa.s yang berjaya menjadi menteri hasil bumi Mesir padahal dulu di waktu muda baginda hamba sahaya je...erm
No comments:
Post a Comment