nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

9 Aug 2012

"Memang kami ada perancangan untuk berkahwin" - Anne Ngasri


SETELAH hampir tiga tahun menjadi ibu tunggal kepada tiga orang cahayamata, pelakon, Anne Ngasri akhirnya kini kembali menemui kebahagiaan dengan penyanyi muda yang semakin meningkat naik, Aliff Aziz.

Anne atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri, 28, ketika dihubungi Sinar Harian Onlineberkata, hubungannya dengan penyanyi terkenal dengan lagu Sayang Sayang dan Jangan Ganggu Pacarku itu kini berada di tahap serius dan sudah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
“Memang kami ada perancangan untuk berkahwin, tapi ia bukan dalam masa terdekat atau selepas raya ini.

“Perkara itu belum dibincangkan lagi secara lebih lanjut. Apabila sampai masanya nanti, saya tidak akan menyorokkan berita baik ini, Insya-ALLAH,” katanya.

Hubungan cinta antara mereka berputik sejak lapan bulan lalu semasa menjalani penggambaran telefilem Cinta Kita di mana mereka sama-sama terlibat dalam cerita itu.

Menjelaskan perkara itu, Anne berkata, “pada peringkat awal, kami hanya kawan biasa saja sebelum persahabatan itu bertukar cinta sekali gus melangkah ke proses mengenali hati budi masing-masing.”
Hasil perkahwinan sebelum ini, Anne dikurniakan dua anak lelakiiaitu Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4, dan seorang anak perempuan, Naszharah Afroza, 2.

Berbicara mengenai persiapan Aidilfitri Anne berkata, dia lebih banyak membuat persiapan untuk anak-anaknya dan akan beraya di rumah kedua ibu bapanya di Kuala Lumpur.

“Saya lebih utamakan persiapan seperti baju raya untuk anak-anak dan sudah membelinya bersama Aliff yang dipanggil dengan gelaran ‘Daddy’ oleh anak-anak saya”.

“Selain itu, saya juga sudah membuat perancangan untuk beraya di kediaman ibu bapa Aliff di Singapura dan raya kali ini terasa ‘best’ sebab anak saya yang bongsu, Naszharah dah boleh berjalan,” katanya dalam nada ceria.

Sepanjang bulan puasa ini, Anne turut sempat berbuka puasa bersama-sama Aliff dan keluargnya (Anne) jika kedua-dua mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran.
“Setakat ini, kami adalah sempat berbuka bersama, itu pun jika kami tidak terikat dengan sebarang penggambaran pada hari terbabit,” katanya.

Buat masa ini, Anne yang juga merupakan model tudung D’Haja masih menjalani penggambaran filem bergenre komedi arahan Wan Hasliza terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd berjudul ‘Pengantin’ yang turut dibintangi Farid Kamil, Rita Rudaini dan Nadia Nissa. – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...