KARACHI - Beberapa pegawai polis Pakistan digantung tugas ekoran tindakan mereka mengenakan hukuan dengan memaksa satu pasangan berarak dalam keadaan bogel di khalayak.
NDTV melaporkan bahawa insiden mengejutkan itu berlaku di wilayah Sindh, selatan Pakistan pada 27 Julai lalu.
Menurut laporan BBC, beberapa saksi mendakwa polis di bandar Gambat mengarahkan seorang lelaki dan wanita, yang belum berkahwin, berjalan ke balai polis dalam keadaan berbogel sebagai hukuman ekoran perbuatan mereka cuba mengadakan hubungan seks
Rakaman telefon bimbit menunjukkan seorang lelaki dipikul oleh polis manakala seorang wanita pula merayu agar dia mengenakan pakaiannya.
Laporan itu menambah, pegawai-pegawai polis digantung tugas ekoran kecaman orang ramai.
Lelaki itu, seorang peniaga, dikenali sebagai Mumtaz Mirbahar manakala nama pasangannya tidak disiarkan.
BBC Urdu melaporkan bahawa polis dan penduduk tempatan merakamkan kejadian itu.
No comments:
Post a Comment