Pelakon Rita Rudaini Mokhtar tidak berhasrat untuk terus berbincang bagi menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak walaupun selepas dinasihati secara lisan oleh hakim mahkamah.
Wanita berusia 36 tahun ni berkata, dia tidak melihat sebarang keperluan untuk mereka berdua berbuat demikian kerana kes tersebut telah pun dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan. “Perbincangan secara peribadi rasanya tidak perlu kerana kes kami telah pun dibawa ke mahkamah,” ujarnya.
Terdahulu pada prosiding 10 Julai lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menasihati pasangan itu supaya berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga sempena kedatangan bulan Ramadan.
Wan Mahyuddin turut memberitahu pihaknya tiada masalah jika mereka ingin bercerai sekiranya kemelut rumah tangga mereka gagal diselesaikan. Kes berkenaan disambung pada 7 Ogos ini.
Rita masih tetap dengan pendiriannanya ini mungkin juga sebab dia sudah tawar hati dengan Aidil kerana sudah penat melayan karenah suaminya yang disifatkan aktres ni sendiri, sebagai kebudak-budakkan. Semoga pasangan suami isteri ni menemui jalan kebahagian. InsyaAllah.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Rita kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Pengapit arahan Wan Hasliza sebelum pulang berhari raya di Perlis selama seminggu.
Rita berkata, dia juga telah membuat persiapan awal untuk dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
“Yang penting anak-anak dan persiapan untuk mereka semua sudah siap kerana sepanjang bulan Ramadan ini saya sibuk di lokasi penggambaran,” katanya.
Tambah Rita, selepas hari raya dia akan terus kembali ke set penggambaran drama bersiri Ku Pinang Kau Dengan Bismillah serta beberapa projek lain.
No comments:
Post a Comment