nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

26 Jul 2011

Wanita Didakwa Cuba Dirogol Bekas Ketua IMF Dedah Diri



IMEJ menunjukkan Nafissatou Diallo (kiri) bercakap kepada wartawan Robin Roberts dari stesen televisyen ABC News.


NEW YORK - Seorang pekerja Hotel Sofitel yang mendakwa bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn melakukan serangan seksual ke atasnya akhirnya mendedahkan diri buat kali pertama.
Pekerja wanita tersebut, Nafissatou Diallo mendedahkan buat kali kejadian yang menimpa dirinya itu Diallo memberikan kenyataannya kepada majalah Newsweek dan stesen berita ABC News. Kedua-dua media itu menyiarkan temu ramah Diallo kelmarin.
Diallo berkata, Strauss-Kahn menyerangnya seperti seorang lelaki yang gila pada 14 Mei lalu di bilik suite berharga AS$3,000 (RM8,922) satu malam di Manhattan, New York. Wanita itu yang memperoleh upah AS$25 (RM75.35) sejam kerana membersihkan 14 bilik hotel sehari berkata, dia diberitahu oleh seorang pelayan perkhidmatan bilik bahawa suite tersebut kosong. Namun, Strauss-Kahn tiba-tiba muncul di dalam bilik dalam keadaan bogel dan membuatkannya terkejut, katanya. "Oh tuhan, saya minta maaf," kata Diallo kepada Strauss-Kahn.
Diallo berkata, dia memusingkan badan untuk keluar dari bilik hotel. Bagaimanapun, Strauss-Kahn bertindak menghalangnya, katanya lagi. Kemudian, Diallo berkata, Strauss-Kahn bertindak seperti seorang lelaki yang gila. "Anda seorang yang cantik," kata Strauss-Kahn kepada wanita tersebut. Menurut Diallo, dia kemudian ditarik oleh Strauss-Kahn ke bilik tidurnya. "Saya berkata, tuan, hentikan. Saya tidak mahu kehilangan pekerjaan saya," jelas Diallo.
"Saya tidak melihat ke arahnya. Saya berasa amat takut. Saya tidak menjangkakan sesiapa berada di dalam bilik. "Dia menarik saya ke atas katil," katanya kepada majalah itu. Diallo berkata, Strauss-Kahn kemudian bergelut dengannya. "Saya keluar di sana. Saya tidak kembali lagi. Saya berasa agak gementar," ceritanya lagi. Strauss-Kahn masih dibicarakan berhubung kes itu dan dia tidak mengaku salah melakukan serangan seksual. Dia meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan IMF sekoran kejadian berkenaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...