BEIJING – Sepuluh pekerja di China menolak kereta bos mereka tiga km pulang setelah pesta pejabat – kerana mereka semua terlalu mabuk untuk memandu. Kelompok ini sebelumnya menikmati makan di sebuah restoran di pusat kota Changchun, China timur laut di Provinsi Jilin, ketika mereka menyedari keadaan mereka.
Boss Zhang Fei mengumumkan bahawa ia terlalu mabuk untuk memandu. Tak satupun anak buahnya yang juga mampu memandu kereta dalam keadaan sedar. Di China, memandu sambil mabuk boleh dihukum enam bulan penjara dan denda yang berat.
Di sisi lain, Zhang tidak ingin meninggalkan keretanya di kota itu. Maka, ia menyuruh mereka semua menolaknya ke rumah.
Warga yang melintas terkejut melihat kelompok ini tertawa dan bernyanyi sambil menolak kereta VW bos mereka pulang. Total waktu yang dihabiskan untuk menolak kereta hingga pelataran rumah adalah 45 minit.
Petugas lalu lintas mengatakan bahawa selama mesin kereta tidak berjalan, tidak akan digolongkan sebagai memandu dalam keadaan mabuk di bawah hukum China. Ada-ada saja!
No comments:
Post a Comment