LONDON: Seorang lelaki menikam isteri yang baru dikahwini dan ibu mentuanya sebelum melarikan seorang kanak-kanak.
Mangsa ketiga, seorang gadis berusia 19 tahun dikatakan turut ditikam di lehernya.
Dia dilaporkan tenat di hospital. Suspek dikatakan membawa kanak-kanak lelaki itu ke pusat bandar sambil memegang pisau berlumuran darah. Polis semalam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun itu ketika dia merayau-rayau di Thame, Oxfordshire bersama seorang kanak-kanak kerana disyaki membunuh dua wanita terbabit.
Sebelum itu, beberapa jiran berkata, mereka dikejutkan oleh bunyi jeritan selepas mendengar pergaduhan antara suspek dan isterinya yang baru dikahwini dua bulan lalu. Lelaki terbabit didakwa menikam isterinya, Mihaela yang berusia 28 tahun dan ibu mentuanya, Julie Sahin, 49, di leher dan di dada.
Anggota paramedik yang dikejarkan ke kediaman mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua wanita itu tetapi mereka mati di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa adalah rakyat Britain walaupun mereka dikatakan berkahwin dengan lelaki Turki.
Pasangan itu baru berkahwin dua bulan lalu dan Julie dikatakan meminta izin tuan rumah supaya membenarkan menantunya berpindah ke kediaman teres dua tingkat berkenaan yang dikongsi bersama suami dan anak perempuannya.
Sementara itu, ketua detektif, Inspektor Joe Kidman dari balai polis Thames Valley berkata: “Kami masih di peringkat awal siasatan. Kami sudah menahan suspek yang disyaki terbabit dengan pembunuhan itu.

“Kami percaya tidak ada suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu.” - DM
No comments:
Post a Comment