nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

7 Sept 2011

Shahir Tunjuk Diri Selepas 2 Bulan Menyepi Dan Akan Meneruskan Bidang Nyanyian


KAMPAR: Selepas hampir dua bulan ‘ghaib’ dan didakwa sengaja menyembunyikan diri di kampung, penyanyi terkenal, Shahir AF8 yang menyambut hari lahirnya ke-23 kelmarin, bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi meneruskan perjuangan seninya hari ini.


Ibu juara Akademi Fantasia Kelapan (AF8) itu, Mahanom Osman, 45, yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata Shahir bercuti panjang hampir dua bulan akan kembali ke Kuala Lumpur bagi meneruskan kegiatan seni termasuk menyambung rakaman lagu terbarunya.

“Pelbagai spekulasi mendakwa Shahir sakit, kecewa cinta termasuk sakit mental hingga dilihat keluar dari rumah dalam keadaan berjambang dan tidak terurus tidak benar.


“Tuduhan melulu itu penganiayaan, namun kami tetap tabah. Shahir akan meneruskan perjuangan seninya seperti dirancang dengan Astro Entertainment Sdn Bhd berikutan dia masih mempunyai baki kontrak lebih setahun,” katanya.

Wanita terbabit yang cukup lemah-lembut memberitahu anak sulungnya itu sudah bertemu pihak Astro bagi membincangkan jadual kerja seninya pada Ramadan lalu.


“Dia (Shahir) anak yang baik dan cukup taat. Saya yakin dia mampu berjaya dalam bidang seni. Segala pertanyaan berhubung kehilangannya bakal terjawab melalui sidang media yang diatur kelak pihak Astro di Kuala Lumpur,” katanya.



Menurutnya, Shahir yang kini tubuhnya berisi selepas bercuti panjang tidak pernah menyisihkan diri daripada orang ramai sebaliknya menerima kunjungan peminat yang beraya ke rumah mereka.

“Terbaru lebih 30 ahli kelab peminatnya dari Kuala Lumpur dan Singapura datang ke rumah kami Jumaat lalu untuk menyambut hari raya bersama-sama selain meraikan hari jadi Shahir,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...