Seorang peminat fanatik komik berasal dari Tokyo membuat keputusan nekad untuk mencari pembunuh upahan dari internet untuk membunuh ibu bapanya setelah dia diminta mengemas biliknya.
Akhbar Jiji Press melaporkan wanita berumur 36 tahun itu mengumpul beribu-ribu buku komik dan pita video sehingga kesemua koleksi itu memenuhi tiga bilik di rumahnya.
“Saya diminta untuk membuang barang-barang berharga yang dikumpul sejak kecil. Saya kecewa, marah dan mahu ibu bapa saya lesap,” katanya kepada pihak polis yang menyiasat kes tersebut.
No comments:
Post a Comment