JAKARTA: Kisah cinta antara Luna Maya dengan Nazriel Irham atau Ariel, dikatakan telah berakhir. Benarkah?Khabar angin mengenai hubungan mereka itu tersebar kerana bintang filem ‘Janda Kembang’ itu sudah tidak melawat kekasihnya di Penjara Rutan Kebon Waru di Bandung.
Bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan oleh pengurus kumpulan Peterpan, Budi Soeratman yang menganggap sikap Luna Maya bukanlah alasan yang pasangan kekasih itu putus.Tetapi, lain pula kenyataan yang diberikan oleh Luna ketika menjadi pengacara rancangan Dahsyat RCTI, kelmarin.“Jodoh itu di tangan Tuhan. Kalau jodoh, tak ke mana. Jadi, tak apa.
Biarkan masa saja yang menentukan,” katanya.Namun, seorang teman rapat Ariel mengesahkan hubungan mereka putus.“Betul, hubungan mereka putus dan Luna sudah dua bulan tidak menjenguk Ariel di penjara,” katanya.
Hubungan asmara antara Luna dan Ariel memang menarik. Selain khabar mengenai hubungan kereka yang sudah putus, mereka pernah memeranjatkan tanah air dengan video seks yang tersebar luas. – KL
sumber: hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment