Ibu yang melahirkan lapan bayi menerusi pembedahan, Nadya Suleman (gambar) ditawar untuk berlakon dalam satu filem lucah.
Nadya yang terbabit dalam beberapa kontroversi berhubung kehamilannya ditawarkan kontrak AS$1 juta (RM3.67 juta) untuk berlakon dalam satu filem lucah.Jurucakap Vivid Entertainment, Jackie Martin berkata, tawaran itu termasuk perlindungan insurans untuk keluarganya selama setahun.
Vivid menyatakan tawaran itu dihantar kepada Nadya menerusi pos bagaimanapun dia masih belum memberikan sebarang reaksi balas.Surat tawaran itu turut menyatakan video lucah itu akan diedarkan menerusi label Vivid-Celeb yang turut mengedarkan filem lakonan Pamela Anderson dan Kim Kardashian.
Nadya, 33, melahirkan anak kembar lapan menerusi pembedahan di sebuah hospital di California setelah memperoleh sperma penderma.Dia yang sudah bercerai sebelum itu mempunyai enam anak.Bagaimanapun Nadya dilaporkan bakal kehilangan kediamannya setelah gagal membayar tunggakan gadai janji.
No comments:
Post a Comment