nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

24 Jan 2012

Gila, lelaki Thailand ini berkahwin dengan mayat kekasihnya

Sebuah perkahwinan yang cukup aneh baru saja dilakukan oleh seorang lelaki Thailand. Lelaki tersebut menikahi kekasihnya yang sudah meninggal.

Thai-Asean News Network melaporkan, lelaki tersebut bernama Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen. Dia melakukan upacara perkahwinan dengan jenazah kekasihnya Sarinya 'Anne' Kamsook di Surin, Thailand.

Yingyuen dan Kamsook sudah bercinta selama 10 tahun. Keduanya memang merancang berkahwin di masa akan datang. Tapi Yingyuen ingin menyelesaikan dulu sekolahnya sebelum dia mengahwini pujaan hatinya tersebut, seperti dipetik dari Huffington Post.

Manusia boleh merancang, tapi memang Tuhan yang menentukan segalanya. Di saat rancangan masa depan itu belum wujud, Kamsook mati dalam sebuah kemalangan.

Pattaya Daily News menulis, pasangan Yingyuen dan Kamsook bertemu di Eastern Asia University, Thailand, 10 tahun lalu. Saat Kamsook meninggal, karangan bunga tanda duka cinta banyak diletakkan di universiti tersebut.

Video dan foto perkahwinan Yingyuen beredar di Facebook. Ramai orang memberikan komen mengenai perkahwinan tersebut.


Salah satu teman pengantin, Onsiri Pravattiyagul menulis di kolum Bangkok Times mengenai perkahwinan itu. Dalam tulisan tersebut dikatakan, Yingyuen mengahwini jenazah kekasihnya kerana merasa bersalah.

"Dia merasa belum melakukan apa-apa untuk kekasihnya selama 10 tahun ini. Sebelum kekasihnya meninggal kerana kemalangan, kekasihnya itu sudah minta dikahwini. Tapi dia memilih menunda perkahwinan," begitu isi tulisan yang menjelaskan perkahwinan aneh tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...