nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

28 Mar 2012

Bayi Tunjuk Isyarat Peace Ketika Dalam Kandungan

Melayukini.net – Bayi Tunjuk Isyarat V Dalam Kandungan | Kami sendiri pun tidak pasti sama ada berita sahih ataupun tidak. Walaubagaimanapun ia sudah tesebar luas mengenai Caroline Barnes yang bakal menjadi ibu terkejut apabila mendapati anak dalam kandungannya membuat isyarat keamanan atau Vketika dia membuat imbasan di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.


Ibu yang berumur 35 tahun dari Dulwich, tenggara London itu berkata: “Seorang jururawat tidak dapat menahan ketawa. Bayi pelik itu memberi isyarat V sepanjang tempoh imbasan itu dibuat.” Isyarat itu pernah dibuat oleh Winston Churchill yang turut membawa maksud kemenangan ketika beliau menjadi Perdana Menteri Britain pada era Perang Dunia Kedua. Tunang Caroline iaitu Dave Wright berkata: “Kami tidak kisah apakah jantina anak kami. Namun kami perlu mengajarnya beberapa tingkah laku yang baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...