nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

26 Apr 2012

Rozita Che Wan mantapkan badan main futsal sampai 2 pagi


KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Rozita Che Wan sangat serius menjaga kecergasan dan potongan badannya apabila mengaku sanggup ke gelanggang Futsal selepas jam 12 malam dan bersukan sehingga jam 2 pagi.

Menurut ibu tunggal itu, selepas bersukan selama dua jam di gelanggang futsal, barulah dia akan pulang ke rumahnya untuk berehat dan tidur.

Berkongsi tips untuk kekal langsing sepertinya, Rozita, 39, memberitahu bahawa dia sering mengelak mengambil minuman bergas untuk mencegah perut buncit.

“Saya elak mengambil minuman bergas kerana takut perut buncit. Saya pun kuat juga bersukan. Kalau balik rumah pukul 12 malam, saya pergi main futsal dulu sampai pukul 2 pagi. Lepas tu baru tidur,” katanya yang dipetik dari Mstar Online, baru-baru ini.

Selain itu, artis yang pernah digosip menjalinkan hubungan dengan Shahir AF yang jauh lebih muda darinya itu juga hanya mengambil nasi sekerap dua kali sehari sahaja.

Di dalam wawancara tersebut, Rozita turut menafikan gosip yang menyatakan bahawa anak lelakinya, Aniq Ezra Azuar Effendi, 14, lari dari rumah disebabkan tidak berpuas hati dengannya yang mahu berkahwin dengan seorang lelaki yang berstatus ‘Datuk’.

“Haa… haa… kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,” katanya berseloroh mengenai dakwaan tersebut.

Sebaliknya, calon Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) itu menjelaskan bahawa Aniq Ezra merajuk kerana berkecil hati dengan sikap ibunya yang dikatakan terlalu melebih-lebihkan abangya, Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Rozita adalah merupakan selebriti hiburan yang sering mendapat perhatian media ekoran rupa parasnya yang cantik dan gemar tampil seksi di majlis-majlis keraian yang sering menimbulkan kontroversi dari sudut etika pemakaian artis beragama Islam. – Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...