Brazil - Seorang doktor lelaki berusia 69 tahun, Joao Teixeira de Faria dikenali sebagai pakar bedah psikik ekoran dia melakukan pembedahan ke atas pesakit tanpa menggunakan ubat bius.
Baru-baru ini, dr.Faria cuma menggunakan sebilah pisau untuk membuang ketumbuhan seperti selaput pada kedua-dua belah mata seorang lelaki Colombia, Juan Carlos Arguelles.Arguelles, 29, mengalami kabur penglihatan selama 12 tahun kerana menghidap penyakit keratokonus.Menurut Arguelles, penglihatannya pulih sehingga 80 peratus selepas seminggu menjalani pembedahan tersebut dan kini semakin bertambah baik.
Ada banyak gosip mengatakan dr ini menggunakan atau mempunyai kuasa ajaib dalam melakukan pembedahan seperti itu yang langsung tidak memberi kesakitan terhadap pesakitnya, namun, dr Faria menafikan gosip kuasa ajaib itu.
No comments:
Post a Comment