boeing
 
 
NEW DELHI – Syarikat penerbangan India, Air India, akan dibenarkan untuk menerima serahan 27 pesawat Boeing-787 Dreamliner selepas menandatangani perjanjian penyelesaian ganti rugi.
  
Dalam satu kenyataan, Kementerian Penerbangan berkata Air India merancang memasukkan pesawat itu ke dalam kumpulan pesawatnya sebagai sebahagian serahan kontrak dari Boeing.
  
"Pesawat itu sepatutnya dijadual diserahkan dari September 2008 hingga Oktober 2011. Bagaimana pun, berikutan isu reka bentuk atau pengeluaran berkenaan, serahannyanya kini terlewat dan kini dijadual diserahkan antara Jun 2012 dan Mac 2016," katanya.
   
Katanya isu berkaitan ganti rugi kerana kegagalan memenuhi jaminan prestasi telah dipisahkan dari kelewatan perjanjian penyelesaian ganti rugi yang akan dirundingkan secara berasingan oleh separukan yang diberi mandat selepas penilaian sebenar prestasi pesawat B-787 yang diserahkan itu.
  
"Kementerian Undang-Undang dan Keadilan akan meneliti dan mengesahkan peruntukan perundang dan aspek perundingan," katanya. – Bernama