Anushka Sharma
Anushka Sharma
 
Kebelakangan ini terdapat khabar angin yang mengatakan pendatang baru dalam industri seni Bollywood, Anushka Sharma kini sedang menjalin cinta dengan pelakon, Ranveer Singh.

Bagaimanapun, baru-baru ini Anushka tampil mendedahkan mengenai kriteria jejaka idamannya.

“Saya rasa agak sukar untuk menjalin hubungan dengan seseorang daripada Bollywood. Mungkin jejaka pilihan saya bukan terdiri di kalangan pelakon,” katanya mengulas mengenai khabar angin yang kini bertiup kencang.

Menurut gadis berusia 24 tahun ini, dia tidak mahu lelaki yang hanya mementingkan kecantikan dan memandang luaran seseorang.

“Hanya seorang aktor (pelakon) yang diperlukan dalam sesebuah perhubungan, dan saya sudah menjadi aktor tersebut.

“Saya tidak mahu bercinta dengan lelaki yang begitu menjaga penampilan. Saya mahukan temu janji kami berlangsung secara ringkas dan dia tidak kisah dengan apa yang saya makan,” katanya lagi.