“Saya tidak bercinta pun dengan Dayana. Orang yang lebih-lebih kenen-kenenkan kami berdua. Sebenarnya, ketika di program Mania, Dayana kerap kali datang menyaksikan persembahan saya kerana dia hadir sebagai kawan. Malah, dia juga adalah pembantu peribadi saya waktu itu”.
Bekas pengacara Trek Selebriti ni turut menyatakan hubungannya bersama gadis kelahiran ibu kota itu tidak lebih sebagai rakan baik saja. Mereka mula rapat sejak Dayana banyak membantu menguruskan pakaian Aril sepanjang program Mania.
“Dia juga adalah orang yang menentukan pakaian apa yang sesuai dipakai oleh saya sepanjang program Mania. Lebih kurang macam stylish saya, dia ni”
Sementara itu, Dayana juga turut mengakui mereka sekadar teman rapat saja.
“Saya dengan dia tiada apa. Kami tidak bercinta. Saya masih lagi single, begitu juga dengan Aril,”
No comments:
Post a Comment