Azwan Ali siapa yang tidak kenal. Walauapapun kata orang terhadap dirinya Azwan Ali tetap Azwan Ali. Berkesempatan bertemu dengan beliau memberi satu nilai tambahan kepada kami dalam memberi satu bahan cerita yang mungkin anda ingin tahu.
Ramah dan mudah memberi kerjasama Azwan memulakan bicara tentang niatnya semasa bulan puasa ini. Ujarnya memulakan bicara, “Persiapan ramadan dan Raya kali ini macam biasa je. Masih jual rendang dan alhamdulillah mendapat sambutan yang baik. Tapi puasa kali ini agak padat sedikit la dengan jadual program raya yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Saya bersyukur kerana rezeki untuk saya masih ada lagi dalam bidang ini”
“Kali ini macam biasa Saya akan menghabiskan baki puasa di kota suci Mekah untuk mengerjakan umrah bagi kali yang ke 5 pada 8 Ogos nanti Insyallah, dan saya juga akan beraya di sana sampailah pada 3 raya baru saya akan kembali di tanah air.
Jelas Azwan lagi kali ini juga pemergiannya ke Kota Suci itu berkeseorangan seperti sebelumnya. “Hidup sekarang dah tak ada sesiapa lagi dan saya mengaku hidup kini sebatang kara. Saya dah tak kisah dengan sesiapa pun yang penting saya tahu siapa diri saya. Walaubagaimanapun saya rasa bertuah kerana masih ramai lagi yang menyokong perjuangan saya dan berharap peminat dapat doakan saya selamat dimekah dan selamat kembali ke Malaysia.”
Ditanya tentang popularitinya yang kini sudah kembali diterima ramai semenjak kemunculanya di MasterChef Selebriti, Azwan tidak menafikan hal tersebut dan mengakui kemunculanya di program tersebut memberi impak yang sangat baik kepada dirinya. Ujarnya lagi “Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Astro yang memaksa saya untuk masuk Master Chef ini dan orang yang meminta untuk saya menyertai program ini ialah Aznil Hj Nawawi. Sebagai seorang kawan saya menghormati padangannya dan menerima tawaran ini. Saya pun sebenarnya dah tak heran sangat kalau nilai komersial diri saya tu ada mahupun tidak sebab dah tak heran dengan semua tu. masuk ke tidak tv dah tak penting sangat.”
Kami juga sempat bertanya adakah semua kejadian yang berlaku semasa Master Chef terutama melibatkan dirinya adalah lakonan semata mata bagi menambah warna kepada program tersebut. Azwan dengan sekerasnya menafikan hal ini. Tegasnya “Astro tidak mendramakan saya di Master Chef. Apa yang dipaparkan itu adalah hidup dan karakter saya yang sebenar dimana mungkin ada yang tak tahu lagi perwatakan saya. Yang pasti itu bukan lakonan semata mata bagi menarik perhatian org lain dan apa yang terjadi dalam Master Chef seperti yang anda tonton adalah kebetulan”
Mengakhiri perbualan kami ini ada sedikit ucapan raya buat peminatnya dan juga pesanan kepada mereka yang bermulut jahat. “Selamat hari raya kepada smua peminat saya yang selama ini masih menyokong perjuangan saya sejak dari dulu. Kepada yang selalu bawa cerita tak elok ini, jagalah tingkah laku supaya dimaafkan. Ampunilah dosa masing masing supaya di berkati oleh Allah SWT didunia dan juga akhirat sana. Sekali lagi Maafkan saya juga Daouble A aka Azwan Ali dan selamat hari raya”
No comments:
Post a Comment