nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

7 Aug 2012

Hakim Tegur Aidil Zafuan Tidak Serius Isu Rumah Tangga, Gagal Hadir Lagi


Hakim Tegur Aidil Zafuan Tidak Serius Isu Rumah Tangga, Gagal Hadir Lagi 

Ini bukan pertama kali Aidil Zafuan gagal hadir ke mahkamah atas alasan menjalani latihan bola sepak dan perkara ini telah menarik perhatian mahkamah.
Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menegur sikap Aidil Zafuan yang di’lihat seperti lebih mementingkan kerjaya bola sepak beliau berbanding rumahtangga.
mStar Online hari ini melaporkan yang Aidil Zafuan sekali lagi gagal hadir ke mahkamah untuk meneruskan proses perbicaraan isu rumahtangga bersama Rita Rudaini.

Kali ini, Aidil Zafuan di’khabarkan telah terbang ke Austria bermula 4 Ogos 2012 lalu untuk menjalani latihan bola sepak selama dua minggu & akan pulang sebelum Aidilfitri.
“Tidak berdosa kalau tak main bola sepak tetapi soal yang dibincangkan dalam mahkamah ini adalah berkaitan dengan hidup dan mati,” tegur hakim buat Aidil Zafuan.

“Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibuat seperti mainan. Plaintif (Aidil Zafuan) perlu buat pengorbanan dan bersungguh sungguh untuk menyelesaikan kes ini”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...