nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

4 Aug 2012

Kisah Benar! Lelaki Kahwin Dengan Anjing


Lelaki kahwin dengan anjing? dengar macam pelik je kan? tapi itulah kenyataanya, kisah ini terjadi di India.

Lelaki ini yang bernama Selvakumar dipercayai berkahwin dengan anjing kerana untuk melepaskan diri dari sumpahan akibat kekejamannya membaling dua ekor anjing sehingga mati dan menggantungnya pada pokok 15 tahun yang lalu. Memang kejam jugak lelaki ni rupanya..aishh~

Katanya, sejak kejadian itu kaki dan tangannya menjadi lumpuh, kehilangan pendengaran sebelah telinga dan percakapannya menjadi tidak jelas. Oleh itu, dia mendapatkan rawatan secara tradisional dan ahli astrologi memberitahunya bahawa dia telah dikutuk oleh roh-roh anjing-anjing yang telah dibunuh. Tukang ramal itu memberitahu sumpahan itu akan berakhir sekiranya dia berkahwin dengan seekor anjing dan hidup bersama.

Hmm.. mungkin kepercayaan diorang macam itu kot..

P/s : sayangilah haiwan ^^v

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...