nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

5 Aug 2012

Marah Dipanggil Busuk, Wanita Lapor Polis

Marah Dipanggil Busuk, Wanita Lapor Polis 

South Wales – Hanya kerana digelar busuk oleh pelayan, seorang nenek yang tidak berpuas hati dan rasa terhina telah membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan.
June Morris, 61, membuat laporan berkenaan melalui 999 selepas wanita itu menyatakan bahawa badannya berbau ketika sedang makan di Plaza Café.

‘Saya tidak boleh percayanya. Saya tidak busuk malah saya sentiasa diajar oleh ibu dan bapa saya supaya sentiasa menjaga kebersihan diri,’’ katanya.
Menurut Morris, pada mulanya dia membuat aduan kepada syarikat terbabit mengenai kata-kata daripada pelayan tersebut.

Malah, Morris turut bersemuka dengan pelayan terbabit dan mengulangi semula kata-katanya bahawa badannya berbau.
“Saya telah menemui pengurus kafe itu untuk membuat aduan namun dia berkata pelayan tersebut hanya bergurau.

“Tapi saya tidak melihat perkara itu sebagai lucu terutama ketika kafe berkenaan dipenuhi dengan orang ramai, menyebabkan saya mengambil keputusan untuk menghubungi polis,’’ katanya.
Dalam pada itu, pemilik kafe berkenaan, Jim Edwards telah mengemukakan permohonan maafnya dan memaklumkan perkara itu hanya salah faham antara Morris dan pelayan wanita terbabit.
“Pelayan itu hanya bergurau. Kafe ini memang menjadi tempat bagi orang ramai untuk bergelak ketawa, bukan seperti sesetengah kafe yang hanya senyap sunyi sahaja.

“Saya telah memberi amaran kepada pelayan itu dan dia berjanji tidak akan melakukannya lagi,’’ katanya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya telah menemui pemilik kafe berkenaan dan turut memberikan nasihat mengenai cara melayan pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...