BEIJING – Kementerian Kesihatan China tidak menemui sebarang bukti bahawa susu tepung yang dikeluarkan syarikat Synutra menjadi punca tiga bayi perempuan berumur antara lima bulan hingga 15 bulan mempunyai pertumbuhan payu dara awal, lapor media semalam.
Penemuan itu diumumkan setelah ibu bapa tiga bayi dan doktor menyuarakan kebimbangan bahawa hormon di dalam susu tepung itu menjadi punca payu dara tersebut didapati mulai membesar.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Deng Haihua, ujian klinikal mendapati kadar hormon di dalam susu itu berada pada paras normal.
Beliau berkata, doktor-doktor yang memeriksa semua bayi itu mendapati perkembangan pembesaran payu dara mereka tidak serius.
- Agensi
- Agensi
No comments:
Post a Comment