Namun dalam pada kebahagian juga ikatan silaturahim antara Memey dan Abby sedang terjalin, timbul pula spekulasi mengatakan bahawa suaminya ingin merujuk kembali Abby Abadi lantaran menimbulkan lagi persoalan ramai.
Memey menafikan spekulasi yang sedang tersebar dan mengaku bahawa mereka hanya membincangkan perkara mengenai anak-anak sahaja jika berjumpa.
“Jika saya dan abang Norman berjumpa kak Abby, kami hanya membincangkan tentang hal anak-anak dan tidak pernah membincangkan isu rujuk yang digembar-gemburkan segelintir pihak sekarang ini.”
Memey turut meluahkan rasa syukurnya terhadap perkara yang terjadi dan menganggap ini adalah berkat dari bulan Ramadhan.
“Saya bersyukur hubungan saya dan kak Abby kembali pulih. Alhamdulillah berkat bulan yang mulia ini kami dapat berkumpul sebagai satu keluarga demi kebaikan anak-anak kami”, katanya yang kini sudah hamil 3 bulan.
No comments:
Post a Comment