nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

21 Sept 2012

Ainul Aishah Akur Namanya Semakin Tenggelam


Ainul Aishah
PETALING JAYA: Pelakon Ainul Aishah terpaksa akur namanya semakin tenggelam dan dilupakan dalam industri seni tempatan selepas dia membuat keputusan untuk bergelar ahli perniagaan.
Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 27, berkata, sudah lebih setahun dia meninggalkan dunia lakonan dan bersedia menerima hakikat untuk kehilangan peminat.
"Biarlah nama 'Ainul Aishah' semakin dilupakan kerana inilah keputusan saya sejak setahun lalu kerana saya mahu menjadi peniaga yang berjaya.
"Saya perlu memberi fokus pada satu-satu perkara yang dilakukan kerana saya bukannya jenis orang yang boleh melakukan pelbagai kerja dalam satu masa.
"Lagipun, berdasarkan apa yang dilihat, rezeki saya lebih ke arah bidang perniagaan berbanding lakonan," katanya.
Bagaimanapun tambah Ainul yang memiliki francais makanan pencuci mulut Tutty Fruitti, walaupun tidak lagi meletakkan lakonan sebagai kerjaya utamanya, dia masih menerima tawaran berlakon.
Dalam pada itu, Ainul berkata dia tetap menyokong setiap perkara yang berlaku dalam industri hiburan tempatan terutamanya rakan-rakan seangkatannya seperti Liyana Jasmay dan Juliana Evans yang berjaya dalam kerjaya lakonan mereka.
Mengenai kesibukan perniagaannya, Ainul bersyukur kerana ilmu berniaga banyak dipelajari daripada ayahnya. Malah dia kini mula mempelajari selok-belok pelaburan emas pula.
"Ramai yang tidak tahu selain berniaga, kita juga boleh menjana pendapatan menerusi pelaburan emas.
"Saya amat tertarik apabila mendapat tahu hasil pelaburan emas akan membuatkan kita tersenyum. Setakat ini saya baru dua bulan membuat pelaburan itu.
"Insya-Allah saya akan ke Dubai dalam masa terdekat ini untuk belajar tentang pelaburan tersebut," ujarnya.
Sementara itu, bagi yang rindukan lakonan Ainul, pelakon jelita ini bakal muncul di pawagam menerusi filem Untuk Tiga Hari yang ditayangkan bermula 20 September 2012.
Filem yang diterbitkan oleh Tarantella Pictures Sdn Bhd mengisahkan mengenai hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada dalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.
Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi seorang lelaki kaya yang romantik.
Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk meneruskan juga perkahwinan aturan keluarga itu tetapi akan berusaha bercerai setelah tiga hari berkahwin.
Selain Ainul, barisan pelakon lain iaitu Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Zizan Nin, Zizan Razak, Dira Abu Zahar dan Afdlin Shauki turut membintangi filem tersebut.
-mStar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...