nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

17 Sept 2012

Daripada pelayan ke ejen NCIS



JIKA tidak menjadi pelayan restoran McDonalds, Chris O’ Donnell pasti tidak akan dikenali sehingga kini. Namun, tugas Chris di McDonalds itu hanyalah satu watak kecil dalam iklan bersama atlet terkenal, Michael Jordan.
Rentetan itu, Chris kemudian menjadi selebriti segera sehingga dipilih untuk membintangi siri Jack and Mike. Langkahnya diteruskan dan lebih menarik apabila kebanyakan filem lakonannya merupakan naskhah yang berjaya seperti Scent Of A Woman dan School Ties.
Wajah kebudak-budakan aktor yang lahir dengan nama Christopher Eugene O’ Donnell ini kemudian menjadi sebuah tanda dagang dengan membawakan watak Robin dalam filem Batman Forever. Chris sewaktu itu berjaya mengalahkan Leonardo DiCaprio untuk watak Robin. Namun karma berulang apabila watak Jack dalam Titanic menjadi milik Leonardo yang juga menjadi idaman Chris.
Sebelum muncul sebagai dalam siri NCIS yang akan disiarkan mulai esok di saluran 8TV, Chris pernah melibatkan diri dalam siri mini The Company dan melakonkan watak pegawai CIA bernama Jack.
Kini sebuah pengisian mata dan jiwa apabila Chris muncul dalam siri kegemaran ramai NCIS LA yang akan disiarkan pada pukul 9.30 malam setiap Isnin.
Ayah kepada lima orang anak ini membawakan watak Ejen Khas NCIS yang bernama G. Callen. Karakter Callen digambarkan oleh pihak produksi sebagai sesumpah yang mengubah dirinya kepada sesiapa sahaja asalkan dia berjaya menyusup masuk ke dalam dunia jenayah.
Ujar Chris dalam satu temuramah: “Saya tidak tahu bahawa siri NCIS: Los Angeles adalah ciptaan semula yang lengkap tetapi saya dapat memainkan watak salah seorang lelaki yang diberi tugasan dan tanggungjawab penuh.
“Sebelum ini saya akan diberikan watak lelaki muda yang terpengaruh. Saya terfikir bahawa ini sudah menunjukkan kematangan saya.”
Salah satu faktor menarik dalam siri ini adalah persahabatan dua ejen iaitu Callen dan Sam lakonan LL Cool J. Chris memberitahu, hubungan kimia antara mereka berdua senang terjalin.
“Saya dan LL Cool J mempunyai banyak masa yang menyeronokkan bersama. Kami memberi diri masing-masing dengan kesusahan namun ia dilapisi dengan sikap hormat menghormati. kami dibesarkan dengan suasana dan tempat yang berbeza namun kedua-duanya berada agak lama dalam industri. Kami memberi apresiasi terhadap kerja keras masing-masing. Kami berdua juga mempunyai keluarga yang besar,” ujar Chris tentang rakan kerjanya.
Dikenali sebagai salah seorang aktor dengan bilangan anak yang ramai, ujar Chris, famili merupakan aset paling berharga buatnya.
-kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...