Penerbit dan pelakon utama drama bersiri Trilogi Cinta 2, Rosyam Nor optimis musim kedua yang mulai ditayangkan di TV1 pada 6 September ini akan mendapat sambutan pengikut drama itu. Drama 40 episod itu disiarkan setiap hari Khamis dan Jumaat.
Selain mengekalkan pelakon asal, dia membawa masuk pelakon hebat lain untuk memberikan impak baru kepada drama arahan Amie Maziah itu. Antaranya Rita Rudaini dan Aidil Aziz.
Serasi bersama
Pelakon yang baru dibawa masuk memberikan warna baru bagi perjalanan cerita Trilogi Cinta 2. Watak mereka juga antara yang menggerakkan konflik dalam kehidupan watak utama lakonan Rosyam dan Fouziah Gous.
Watak lakonan Rita yang ada hubungan dengan Razif lakonan Rosyam membuatkan isterinya Norjina lakonan Fouziah berantakan. Razif juga mengesyaki kecurangan Norjina yang ada hubungan dengan watak lakonan Aidil Aziz.
Rosyam mengudang Rita kerana permintaan peminat yang mahu melihat gandingan mereka lagi. Apatah lagi inilah lakonan terbaru Rosyam selepas drama Trilogi Cintamusim pertama tahun lalu.
Tunggulah kesudahan drama ini ya. Trilogi Cinta memang mendapat sambutan hangat sebab itulah RTM mahu pihak penerbitnya Suhan Movies membuat sambungannya.
Fouziah juga akui bila dia menjalani penggambaran di kampung-kampung dia sering ditanya pasal drama Trilogi Cinta walaupun pada masa itu banyak drama lain lakonannya sedang ditayangkan. Itu menunjukkan drama ini membawa impak besar dalam kerjaya lakonannya.
-ohberita
No comments:
Post a Comment