nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

20 Sept 2012

Wartawan Terakam Hantu Budak Kecil

Sesosok gadis kecil tidak diketahui identitinya, tiba-tiba ikut terakam kamera wartawan ketika mengambil gambar di sebuah hospital. Beberapa saksi yang berada di situ juga turut menyaksikan peristiwa pada saat pengambilan gambar dilakukan.

Seseorang kanak-kanak memakai baju merah bertubuh kecil berdiri di antara para pengunjung. Pengambilan gambar dilakukan untuk membuat liputan seorang anak yang meninggal dengan tragis di salah satu sudut bilik bedah di Hospital tersebut. 

Korban bernama Arifisman Lahagu (15) meninggal setelah perutnya mengalami pembusukan, sehingga mengeluarkan bau menyengat sehingga para tetamu terpaksa menutup hidung mereka. Di posisi depan korban, salah seorang wartawan (kanan di foto) yang lain juga mengambil gambar korban dengan memakai jaket berwarna hitam. 

Sementara itu, seseorang kanak-kanak berpakaian merah yang tidak diketahui identitinya dengan kedudukan menghadap ke kamera berdiri di belakang orang-orang yang tengah menyaksikan jenazah. Cara memandangnya pun berbeza yakni ke satu titik dengan tatapan kosong dan wajah yang pucat. 

Anehnya lagi, dia tidak menutup hidung padahal bau sangat menyengat. Kerana menangkap objek aneh, wartawan salah satu televisyen swasta nasional bernama Yanuar itu langsung bertanya kepada beberapa pesakit yang saat itu masih berada di ruang bedah. Namun tidak satu pun pengunjung yang mengaku melihat ada seorang kanak-kanak memakai baju berwarna merah. Apatah lagi bilik jenazah tersebut dilarang sama sekali dimasuki kanak kanak kecil.. 

Yupi Zalukhu, seorang tetamu yang berada disitu, mengaku dia sama sekali tidak melihat kewujudan seorang anak berbaju merah.,peristiwa ganjil di sudut bilik bedah hospital itu tidak hanya kali ini terjadi. Seorang penjaga malam rumah sakit yang enggan menyebutkan identitinya mengaku kerap mendengar suara isak dan tangis misteri anak-anak di tengah-tengah malam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...