nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

4 Sept 2011

Kucing satukan Zizan, Juliana





ZIZAN membawa Greysie bertemu mata dengan sahabatnya, Juliana di sesi fotografi promosi Hantu Bonceng di studio Utusan.



KISAH cinta Juliana Evans dan Zizan Raja Lawak sudah lama bertebaran di Internet. Namun kedua-duanya mengambil sikap jujur bahawa mereka hanya kenalan dan masih menyemai cinta.
Sewaktu sesi fotografi ini diadakan, Zizan membawa buah hatinya bernama Greysie - kucing kesayangannya yang kadangkala pemalu dan terkadang aktif.
Bila ditanya kenapa dibawa, jawapannya jujur, Juliana mahu bertemu mata dengan kucing penghibur kala sunyinya itu. Kemahuan sahabat dituruti. Siapa kata mereka bercinta, kalau begitu, bukan?
“Mana ada kami bercinta? Memang tidak betul sama sekali tetapi saya mengaku rapat dengannya. Kami pernah keluar bersama selepas penggambaran filem tetapi bersama rakan-rakan yang lain termasuk pengurus Zizan, Marina. Dia juga kawan saya,” kata Juliana.
Ujar Zizan yang kini semakin menjadi pilihan pengarah, tiada istilah cinta lokasi yang wujud antara mereka.
Rapat memang rapat namun jarang ada sesi pertemuan yang dibawa-bawa keluar selain di lokasi.
Penzahiran cinta ini dapat dilihat keserasiannya melalui filem Hantu Bonceng yang memasuki pawagam pada Rabu lalu. Kedua-duanya membawa watak utama dalam filem arahan Ahmad Idham ini.




JARANG bertemu tetapi mereka kerap bertelefon bertanya khabar.



Baru dan hijau lagi atas nama pelakon, mereka sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk dipertontonkan.
“Usai tayangan perdana ini saya lega sedikit sebab saya lihat orang tidak berhenti ketawa.
“Sebelum ini saya bimbang, orang akan ketawa pada peringkat awal tetapi mendatar selepas itu.
“Tetapi reaksi orang ramai di luar sana, saya belum tahu lagi. Itu yang membuatkan saya berdebar-debar. Saya harap siapa sahaja yang menontonnya terhibur,” ujarnya yang memegang watak Amran.
Buat Juliana, ini juga pertaruhan perdananya. Membawakan watak utama bernama Maya dan Ayu, bukan dua karakter itu rupanya tentangan utama dirinya.
“Aksi paling susah apabila saya kena memakai kanta lekap berwarna putih. Saya sungguh tidak selesa dan mata sentiasa berair.
“Sebab itu, apabila ada adegan yang memerlukan saya memakai kanta lekap putih itu, saya akan melakonkannya dengan bersungguh supaya adegan yang sama tidak perlu diulang semula.




JULIANA dan Zizan diberi tanggungjawab berat oleh Excellent Pictures untuk meneraju filem Hantu Bonceng.



“Saya boleh buka kanta lekap dengan segera,” luahnya yang sebelum ini muncul dalam filem Kami The Movie.
Usai cerita cinta kedua pelakon ini bertebaran, terbaru nama Zizan disebut-sebut kononnya dia sudah berubah. Dia didakwa sudah naik kepala dan bermegah dengan kehebatan dan kedudukannya sekarang.
“Saya tidak faham apabila dikatakan megah diri dengan apa yang saya peroleh dalam kerjaya sekarang, sedangkan saya masih berpijak di bumi nyata dan tahu asal usul saya.
“Mungkin ini tanggapan orang tetapi jujurnya tiada apa yang perlu saya banggakan kerana banyak lagi perkara dalam bidang seni yang perlu saya pelajari,” katanya jujur.
Satu sahaja kebenarannya, jika bagus penghayatan Zizan dalam filem perdananya, kemungkinan besar cerita negatifnya akan tenggelam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...