nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

4 Sept 2011

Tradisi Pelik, Rebus Telur Guna Air Kencing Lelaki



Lazimnya membuat sebutir telur rebus adalah dengan cara memasaknya dengan air mendidih. Dan pemprosesan dengan cara tersebut adalah hal yang paling umum dan paling banyak dilakukan.Namun teknik pembuatan telur rebus yang satu ini pasti akan membuat bulu kuduk anda langsung berdiri dan kontan membuat anda akan merasa mual. 



Hal tersebut kerana masyarakat Dongyang, China, membuatnya dengan cara yang unik, iaitu merebusnya di dalam air kencing seorang lelaki!.Masyarakat setempat menyebutnya 'tong zi dan' atau 'boy egg'. Sebutan ini merujuk ciri khas telur yang direbus di dalam air kencing anak laki-laki, bukan air mendidih. Lu Ming, koki andal di sana, mengatakan, 'boy egg' menjadi makanan tradisional yang cukup digemari masyarakat tempatan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Pada 2008, hidangan ini bahkan masuk dalam senarai warisan budaya yang dilestarikan. 


Pada masa lalu, 'boy egg' menjadi hidangan istimewa setiap musim semi. Masyarakat tempatan menjadikannya sebagai santapan lazat yang menyihatkan. Sejumlah pakar kesihatan tradisional di China bersetuju bahawa kandungan nutrisi urin akan meningkatkan nilai gizi telur. Lu Ming mengatakan bahawa high urin terbaik berasal dari anak laki-laki usia di bawah 10 tahun. Ini berkaitan dengan pola makan anak yang cenderung masih sihat. "Kami mengumpul urin dari sekolah-sekolah di bekas-bekas yang sudah kami siapkan setiap hati," ujarnya. 


Penyajian telur ini memerlukan masa yang agak panjang. Pertama, telur mentah direndam di dalam bekas berisi air kencing. Setelah tercelup sempurna, bekas dipanaskan hingga urin mendidih. Dalam suhu maksimum, telur biasanya akan retak sehingga urin akan merembes ke dalamnya. Setelah matang, biarkan telur terendam air kencing selama satu hari. Lu Ming sangat ingin membahagi kelazatan dan nutrisi telur tersebut ke seluruh dunia. 


"Kami menggalakkan eksport telur ini, kerana kami mahu orang di luar China boleh sepenuhnya menghargai kelazatan masakan kami," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...