Bagaimana dalam perut manusia boleh ada 78 logam yang terdiri dari sudu dan garpu makan. Margaret Daalman, wanita ini mengeluh sakit perut waktu dia tiba di hospital, dan ketika didiagnosa isi perutnya dengan menggunakan X-ray doktor sungguh terkejut kerana ditemukan banyak sekali benda asing logam yang di lihat seperti sudu makan serta garpu dalam perut wanita yang berusia 52 tahun ini.
Doktor di hospital Rotterdam akhirnya mengambil satu per satu sudu dan garpu dalam perut Margaret
Ketika di X-Ray dalam perut Margaret ada banyak logam sudu dan garpu
Akhirnya doktor pun bergegas membawa Margaret untuk dibedah sebelum sesuatu yang lebih dahsyat berlaku pada dirinya akibat benda- benda logam di dalam perutnya tersebut.
inilah sudu yang ditelan oleh Margaret....
Margaret mengalami semacam kelainan psikologis dimana dirinya teruja untuk menelan sudu dan garpu dari pada memilih untuk makan makanan yang biasa.
Doktor di Belanda pernah menemukan kes serupa 30 tahun dahulu. Ada keinginan kuat untuk pesakit menelan benda- benda logam ini dan seperti mereka tidak menyedarinya bahawa tindakan mereka itu boleh mengakibatkan kejadian yang teruk.
Akhirnya mereka menyarankan agar Margaret mengikuti terapi kejiwaan untuk menghilangkan obsesi yang aneh ini. Para doktor di Rotterdam pun akhirnya meminta pada orang-orang terdekat Margaret untuk menjauhkan benda-benda semacam itu dari diri wanita itu untuk mencegah keinginannya untuk menelannya
No comments:
Post a Comment