Siapa tidak mengenali ratu kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah. Apa sahaja kisah yang berkisar mengenai dirinya, pasti menjadi bualan. Baru-baru ini, berita mengenai Zarina yang bakal menamatkan zaman bujangnya turut mendapat perhatian masyarakat. Namun, Zarina memberitahu bahawa hasratnya melangsungkan perkahwinan bulan ini terpaksa ditunda.
“Memang saya ingin segera kahwin, tapi banyak perkara yang tidak dapat dielakkan. Jadi, kami sepakat menundakan tarikh tersebut.
“Jadi, tarikh yang jelas masih belum diperoleh sehingga kami sama-sama berbincang menetapkan tarikh sesuai. Saya berharap, perkara ini tidak perlu dikontroversikan kerana memang kami akan berkahwin tidak lama lagi.
“Saya berharap, perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan daripada timbulnya cerita lain yang kurang enak lagi. Jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki lagi selepas ini,” katanya yang mengakui bakal bermadu.
Enggan mendedahkan gerangan bakal suaminya, Zarina berkata, lebih baik sekiranya orang ramai tidak mengetahui siapa yang bakal menjadi suami nanti untuk mengelakkan sebarang masalah.
“Biarlah ia menjadi satu rahsia buat masa sekarang kerana saya ingin mengelakkan lebih banyak kontroversi lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment