Pastinya ada di antara kita yang teringin untuk menikmati hidangan makanan dalam keadaan yang sungguh nyaman dan selesa supaya selera kita tidak mati tatkala diri sedang kelaparan.
Pastinya pilihan utama bagi pengunjung untuk menjamu selera di kedai-kedai makan atau restoran lebih tertumpu kepada keenakan dan pelbagai jenis hidangan makanan yang disajikan.
Cukuplah kiranya bagi kita merasa sungguh selesa apabila sesebuah restoran itu menyediakan servis penyaman udara supaya kita tidak berpeluh misalnya sewaktu menjamu makanan yang berperisa pedas.
Namun, pernahkah pengusaha sesebuah restoran memikirkan idea atau konsep yang luar biasa untuk menarik orang ramai berkunjung ke restoran mereka?
Tidak mustahil bagi pemilik restoran Nude Restaurant, New York, John Ordover untuk memberikan kelainan dalam konsep dan tarikan pelik bagi restorannya itu.
Nude Restaurant atau ‘Restoran Bogel’ merupakan restoran yang memestikan para pengunjungnya bogel terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk untuk menjamu selera.
Selain itu, para pengunjung juga harus menggunakan slogan ‘No Hot Soup’ sewaktu menjamu selera dalam restoran itu.
Uniknya, restoran itu hanya dapat membenarkan seramai 50 orang sahaja pengunjung dari golongan tertentu masuk bagi memberikan keselesaan dan ruang privasi dalam satu-satu masa.
“Restoran ini biasanya hanya kami sewakan untuk private party, untuk kalangan sosialitas di kota ini,” kata John.
No comments:
Post a Comment