Katie Holmes bersama anaknya.
Katie Holmes bersama anaknya.
 
Nampaknya perpisahan dengan Tom Cruise, tidak meninggalkan kesan kepada Katie Holmes.

Menurut sumber, hari-hari yang dilalui Holmes sebagai ibu tunggal semakin baik.

“Dia sangat kuat dan hebat. Meski pun terpaksa menempuh kehidupan sendirian bersama Suri, di kota New York tetapi dia mampu melakukannya.

“Malah dia juga benar-benar berusaha menjadi seorang ibu yang baik kepada anaknya itu,” kata sumber itu.

Sementara itu, Cruise kini dikhabarkan semakin aktif dengan ajaran saintologi, yang dikatakan punca penceraian mereka.