LONDON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama semalam dikatakan memakai seluar dalam rekaan David Beckham.
Bekas bintang bola sepak England dan Manchester United berkenaan dikatakan menghantar satu kotak seluar dalam itu selepas mengetahui Obama dan isteri, Michelle, amat meminati seluar dalam rekaannya.
Beckham yang menjadi model seluar dalam itu sendiri, mengetahui mengenai minat Obama selepas bertemu mereka di Washington awal tahun ini.
Satu sumber yang rapat dengan Rumah Putih berkata: “David berjanji menghantar seluar dalam itu kepada Presiden dan Michelle bertegas mahu suaminya memakainya.” Selain itu, Beckham, 37, juga amat diminati oleh kedua-dua anak Obama - Malia, 14 dan Sasha, 11.
“Mereka amat mengenali Beckham,” kata sumber itu. - TS
No comments:
Post a Comment