nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

1 Aug 2012

Peminat Abby Boikot Tudung Humaira?

 Peminat Abby Boikot Tudung Humaira?

Ni ada cerita terbaru mengenai Abby Abadi, setelah berjaya memancing ‘kesedihan’ kerana kononnya ditamatkan kontrak sebagai duta kepada sebuah produk tudung disebabkan penglibatannya dalam Pakatan Rakyat, sekarang dah ada pula kempen memboikot syarikat tudung berkenaan yang kononnya dibuat oleh peminat pelakon tersebut.

Malaysiakini melaporkan sekumpulan peminat pelakon Abby Abadi melancarkan kempen “Kami Boikot Syarikat Al-Humaira Contemporary”.

Dikatakan kempen itu menerima sokongan lebih 5,000 pengguna sejak dilancarkan semalam.
“Kita minta Abby Abadi buka syarikat tudung sendiri jenama ‘Tudung Abby Abadi’. Setuju?,” tulis pengendali laman tersebut.

Menariknya, selang beberapa jam selepas kempen itu dikesan, syarikat mengeluarkan satu kenyataan yang antara lainnya mengancam untuk membawa isu tersebut ke mahkamah.
Syarikat itu mengancam berbuat demikian sekiranya isu penamatan kontrak itu gagal diselesaikan dengan baik sehingga menjejaskan reputasinya.

Dalam pengumuman sama di Facebook, syarikat itu menjelaskan yang mereka tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi berhubung perkara itu.
“Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan pihak kami.

“Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dengan lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang untuk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini untuk diselesaikan secara profesional mengikut undang-undang,” kenyataan itu dipetik.
Kempen itu dijalankan susulan satu penjelasan syarikat tersebut semalam bahawa kontrak berkenaan belum ditamatkan secara bertulis kerana perbincangan masih sedang berlangsung.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Abby, syarikat itu mendakwa artis tersebut membuat anggapan kontraknya ditamatkan kerana tidak mampu memberi komitmen kepada tugasan bersama syarikat itu.
Kenyataan itu timbul susulan tulisan Abby di Twitter semalam bahawa kontraknya sebagai duta syarikat tersebut ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

“4 Julai 2012 – Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
“Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat,” katanya.
Kalau betullah kempen memboikot ini berjaya, tahniahlah kepada Abby kerana ia secara tidak langsung menunjukkan dia masih lagi mempunyai ramai peminat walaupun sebelum ini dikatakan karier seninya ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’

Dan kalau betullah kempen ini mencapai matlamatnya, tahniahlah kerana ada kelompok orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan perniagaan saudara seagamanya hanya kerana seorang pelakon yang sedang hangat menjajakan cerita dirinya ‘sudah berhijrah’, ‘sudah berubah’ dan segalam macam ‘sudah’ itu.

P/s: Rasa macam tak sabar nak tengok Abby bertanding dalam PRU akan datang, manalah tahu kot-kot Pakatan Rakyat memerintah, jawatan Menteri Penerangan atau Menteri Pembangunan Wanita dah tentu dalam genggaman bekas penyanyi kumpulan Elit ini, fuh hebat sih!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...