AURORA - James Holmes, yang menembak mati penonton yang sedang menyaksikan filem Batman lebih seminggu lalu, semalam berhadapan dengan 142 pertuduhan jenayah.
Insiden itu yang menyebabkan 12 orang terbunuh disifatkan sebagai jenayah paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.
Prosiding semalam dijalankan tanpa membenarkan media merakamkan tertuduh, tidak seperti yang disaksikan pada kali pertama dia dibawa ke mahkamah 23 Julai lalu.
Holmes, yang sebelum ini dikaitkan dengan masalah sakit jiwa, dikenakan 24 tuduhan membunuh, dua pertubuhan bagi setiap 12 orang yang terbunuh, dan 116 pertubuhan cubaan membunuh.
Seramai 58 orang cedera dalam kejadian itu.
Berdasarkan dokumen pertubuhan, setebal 72 halaman, dua lagi pertuduhan berkaitan dengan pemilikan senjata api dan bahan letupan.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh yang berusia 24 tahun itu boleh dikenakan hukuman mati.
Pada kejadian 20 Julai lalu, Holmes membaling gas pemedih mata sebelum melepaskan tembakan secara rambang di sebuah pawagam padat yang sedang menayangkan filem Batman, The Dark Knight Rises di Aurora dekat Denver.
No comments:
Post a Comment