PARIS - Balu dan anak perempuan kepada bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat, kelmarin mengemukakan tuntutan kepada mahkamah di Perancis untuk menjalankan siasatan untuk mengetahui punca kematian misteri suaminya.
Bagaimanapun, sumber mahkamah memaklumkan, mahkamah di Nanterre perlu memastikan sama ada mereka mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat kes itu memandangkan ia berlaku di luar negara tersebut.
Dalam satu kenyataan, peguam kepada Suha dan Zahwa menyatakan mereka meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap sistem kehakiman di Perancis untuk menyiasat sama ada dakwaan Arafat diracun dengan polonium-210 adalah benar atau tidak.
Tindakan itu diambil selepas sebuah makmal institut di Switzerland mendedahkan Arafat diracun dengan bahan sama yang digunakan untuk membunuh perisik Rusia, Alexander Litvinenko di London pada 2006.
Pelbagai spekulasi berhubung kematian misteri beliau diperkatakan semula selepas kumpulan doktor yang merawatnya di sebuah hospital di Perancis gagal menemui punca sebenar menyebabkan beliau meninggal dunia pada 11 November 2004 semasa berumur 75 tahun.
No comments:
Post a Comment