“…and i get 5 days of MC, ohh my god…!!,” itulah antara ungkapan yang di sampaikan oleh seorang anak gadis yang dikenali sebagai, Nur Fitri Abdul Rahman atau mesra dipanggil FeetriXOXO.
Menurut sumber, gadis yang masih bersekolah yang juga merupakan warga Singapura itu mula mendapat nama setelah beberapa video yang berkisar kehidupannya dimuat naik di laman Youtube.
Penulis merasakan tidak menjadi masalah kepada sesiapa sahaja untuk memuat naik video berkenaan kehidupan, percintaan dan sebagainya di laman sosial.
Namun, yang menjadi ‘daya penarik’ dalam video yang dimuat naik oleh Fitri itu adalah aksi-aksi yang dia rasakan ‘comel’ tetapi tidak bagi rata-rata penonton.
Bermulut kembong, kening diangkat sedikit, kerdipan mata dan menunjukkan simbol ‘peace’. Apakah itu comel bagi anda yang menonton?
Penulis sendiri sukar untuk menerangkan memek muka yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Mana tidaknya, ramai yang mengecam anak gadis itu seperti ‘minah gedik’, menggelikan, memalukan dan pelbagai lagi komen negatif.
Malah, ada yang merasakan video-video yang dimuat naik merupakan satu bahan jenaka bagi mereka hingga ada yang ‘pecah perut’ ketawa dan mengalirkan air mata.
Apa yang pasti, ramai pihak mula membuat video seolah-oleh mengajuk (parody clip) dengan melakonkan semula aksi serta cara gadis itu bercakap.
Penulis pelik kenapa gadis itu sanggup melakukan memek muka serta aksi ‘comel’ dan dimuat naik di Youtube.
Confident!
Memetik dari klip tersebut, Feetri menyatakan suaranya memang sebegitu dan dia tahu ramai pihak telah mengecam video-video yang dimuat naik olehnya.
Selain itu, menerusi laman sosial Facebook miliknya, Fitri sedar yang dirinya telah dikecam ramai pihak. Namun, kenalan Facebook miliknya memberi sokongan semangat kepada anak gadis itu.
Apa kata anda?
No comments:
Post a Comment