nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

28 Nov 2011

Isteri ganas! Pukul dan gari suami ketika sedang tidur

Seorang wanita, Helen Sun menggari tangannya dan suami yang sedang tidur di rumah mereka di Amerika Syarikat (AS).

Namun, menurut polis, Helen turut memukul suaminya kerana dia menghubungi talian kecemasan 911 untuk meminta bantuan.
Helen, 37, memberitahu dia mahu berbual dengan suaminya, Robert Drawbaugh berhubung masalah rumah tangga mereka.

Pihak berkuasa berkata, wanita itu menukar kunci bilik tidur rumah mereka di sini dan ketika Robert sedang tidur pada Isnin lalu, dia masuk dan menggari tangan sendiri dan suaminya.

Ketika menghubungi talian 911 menerusi telefon bimbit, Robert menjerit: "Owwww! Oh Tuhan, saya perlukan pertolongan."
Menurut seorang pegawai polis, Chris Lyddy, anggota-anggota polis yang memasuki rumah pasangan itu terdengar jeritan.

Helen kemudian ditangkap atas dakwaan melakukan serangan, berkelakuan tidak senonoh, melakukan perbuatan berbahaya dan menahan seseorang tidak mengikut undang-undang.
Dia kemudian dibebaskan dengan ikat jamin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...