Sherperd berharap dapat memperoleh sekurang-kurangnya £5,000 (RM26,438) hasil lelongan sebiji telur burung gajah Madagascar yang disahkan pupus sejak kurun ke-17.
Telur burung terbesar di dunia dengan ketinggian lebih tiga meter dan berat setengah tan itu ditemui sekumpulan penjelajah era pemerintahan Ratu Victoria kira-kira 400 tahun lalu.
Ia yang bersaiz lebih besar daripada sebiji bola ragbi, dipamerkan di Pesta Barangan Antik Chelsea manakala lelongan itu berlangsung sehingga Ahad ini.
"Telur itu mempunyai daya tarikan tersendiri. Ia bersejarah. "Burung gajah Madagascar adalah satu-satunya burung gergasi yang wujud bersama manusia dan manusia juga yang menyebabkan kepupusannya," kata Sherperd.
Dia membeli telur itu selepas melihat tokoh penyiaran, Sir David Attenborough menemui salah satu daripadanya ketika menjalani penggambaran filem di Madagascar.
Spesies menyerupai burung unta itu ditemui di pulau Madagascar dan pupus kerana kerap diburu penduduk tempatan.
Burung gajah merupakan spesies yang makan tumbuhan dan haiwan itu tidak boleh terbang kerana saiznya yang besar sekali gus menjadikannya mudah diburu manusia.
No comments:
Post a Comment