nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

8 Sept 2011

Seorang Remaja Saman Ibu Kandungnya di Pengadilan Gara-Gara Facebook

Seorang Remaja Saman Ibu Kandungnya di Pengadilan gara gara Facebook.. Ternyata Facebook boleh menjadi salah satu penyebab hubungan antara ibu dan anak, yang berhujung di pengadilan Seorang remaja belasan tahun baru-baru ini menyeret ibu kandungnya ke muka pengadilan hanya gara-gara ibunya mengintip isi Facebooknya.

, Lane, 16 tahun, meminta kepada pengadilan Arkansas agar menghukum ibunya, Denise New, kerana ‘mengintip’ akaun Facebook-nya. Lane menuduh ibunya tak hanya mengintip akaunnya, melainkan juga memposting komen yang bernada memfitnah atas nama dirinya.


Bahkan Lane menuduh ibunya juga mengubah email dan password, sehingga dia tak mendapatkan notifikasi dari Facebook dan tak boleh masuk kembali ke akaun Facebook miliknya. Merasa geram, Lane akhirnya mendaftar tuntutannya ke pengadilan dengan tuduhan ibunya telah mengintipnya. Tuduhan itu pun terus diperoses oleh pengadilan.

Jaksa penuntut Todd Turner tak bersedia memberi komen perselisihan antara ibu dan remaja itu, namun, mengatakan bahawa hukum Arkansas menyatakan bahawa seseorang melakukan perbuatan ofensif bila dia melakukan tindakan yang sangat mengganggu orang lain.

Denise sendiri melakukan aksinya ‘mengubah’ Facebook Lane, ketika anaknya itu sedang mengunjunginya di kota Arkadhelpia. Lane, memang tinggal bersama neneknya, kerana bapa-ibunya sudah lama berpisah.

Wanita 42 tahun itu tergerak untuk ‘mengintip’ Facebook anaknya, ketika anaknya tak sengaja meninggalkan komputer. Denise mengaku menaruh perhatian besar terhadap kehidupan Lane, setelah membaca beberapa entri di Facebook yang penting.

“Saya membaca Facebook-nya bahawa suatu malam dia memandu kenderaan ke Hot Springs dengan kelajuan 95 km/ per jam kerana kecewa dengan seorang gadis. Saya ingin tahu apa yang sedang terjadi lewat Facebook,” kata Denise membela diri.

Denise berpendapat, yang dia lakukan adalah dalam rangka menunaikan kewajibannya sebagai orang tua. Dia juga menyamakan aktiviti masuk ke Facebook anaknya sama seperti masuk ke bilik tidur anaknya itu.

“Anda memiliki hak untuk memonitor anak Anda dan melakukan percakapan dengan anak Anda lewat Facebook. Apakah itu lewat akaun peribadinya, lewat akaun Anda, atau akaun siapapun,” kata Denise berhujah..

Namun, Lane berpendapat lain. Baginya kehidupan peribadinya di Facebook lebih penting daripada hubungannya dengan ibu kandungnya. Kini Lane tak sudi lagi bertemu dengan ibunya.

Denise sendiri masih harus menghadapi saman anaknya di pengadilan. “Saya akan melawan tuntutan itu, bahkan bila harus naik banding. Saya fikir ini boleh menjadi tauladan kepada para orang tua.”

• VIVAnews 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...