Aktivis veteran India, Anna Hazare sekali lagi melancarkan mogok lapar, semalam
Aktivis veteran India, Anna Hazare sekali lagi melancarkan mogok lapar, semalam.
 
NEW DELHI - Aktivis veteran India, Anna Hazare sekali lagi melancarkan mogok lapar, semalam bagi menuntut tindakan tegas diambil terhadap individu yang terlibat dengan rasuah.

Hazare, 75, turut mengancam untuk meneruskan mogok lapar walaupun ia bakal meragut nyawanya jika tuntutannya tidak dipenuhi.

Difahamkan, beberapa anggota kanan kempen Hazare dilaporkan telah memulakan mogok lapar di New Delhi sejak empat hari lalu.

Ogos lalu, jutaan penduduk menyokong beliau dengan membantah draf undang-undang baru antirasuah yang  mengecualikan ramai pegawai tinggi termasuk Perdana Menteri Manmohan.