nak menang iPhone 5S dan 5C? Klik banner dibawah ini :

30 Jul 2012

Wanita Bercinta Dengan Patung

Wanita Bercinta Dengan Patung 

London – Seorang wanita, Reighner Deleighnie mengaku jatuh cinta dengan patung dewa greek dikenali sebagai Adonis.
Setiap hari, Reighner, 40, akan menghabiskan masa berjam-jam bersama kekasihnya itu yang berharga £395.
“Secara jujur saya dilamun cinta dengannya. Dia adalah teman lelaki saya.
“Namun saya tidak boleh mengahwininya kerana saya tidak bukan seorang yang setia,” katanya.
Selain bercakap dengan patung itu, dia juga akan menciumnya, menjaga malah membacakan buku kepada kekasihnya itu.
Jelas Reighner, kekasihnya itu berjaya mengubah hidupnya sejak mula menjalinkan hubungan.
“Dia tidak pernah cuba menyakiti saya. Kami boleh berbual selama berjam-jam dan saya boleh menceritakan perasaan saya kepadanya. Ia sesuatu yang tidak boleh dilakukan dengan manusia,” katanya.
Bagaimanapun Reighner bukan seorang yang setia, kerana dia berharap dapat mengunjungi Florence untuk bertemu dengan lelaki pujaannya iaitu patung David.
Reighner yang berasal dari Selatan London ini mempunyai penyakit obses kepada objek-objek tidak bernyawa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...